Gula Melaka Serbuk kami diperbuat daripada nira kelapa asli tanpa sebarang bahan tambahan atau pengawet. Sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti teh tarik, kopi, kuih-muih, dan masakan tradisional. Bentuk serbuknya memudahkan proses larutan dan menjimatkan masa — tak perlu potong atau cairkan lagi!
Kelebihan:
- 100% nira asli, tiada gula tambahan
- Mudah larut dan senang disukat
- Sesuai untuk minuman, kek, dan pencuci mulut
- Aroma lemak manis yang harum dan semula jadi
Nikmati kemanisan asli Gula Melaka dalam bentuk serbuk yang mudah digunakan!
Gula Melaka Serbuk (500g)
RM39.00 Regular Price
RM25.00Sale Price
Simpan di tempat yang sejuk dan kering. Elakkan daripada terkena air atau kelembapan supaya serbuk tidak bergumpal. Tutup rapat selepas digunakan.

